Monday, January 11, 2010

JIKA ANDA SEBAGAI GURU BESAR???

Benarkah dengan berbekalkan ‘kelulusan di atas kertas’ sahaja sudah menjamin seseorang Guru Besar itu benar-benar ‘layak’ menjadi pemimpin dan pengurus sesebuah sekolah? Banyak literatur menyarankan para Guru Besar perlu mempunyai kecekapan dalam pelbagai aspek pengurusan, perhubungan manusia, kurikulum dan pengajaran di samping mampu dan perlu melaksanakan “what is right”. Soal ‘what is right’ inilah yang amat perlu diketahui dan difahami secara mendalam agar tidak bertukar menjadi sebaliknya.

Kita harus menilai ke dalam diri kita (retrospective) apakah kita mampu, berkeupayaan dan berkebolehan memainkan peranan ini? The Select Committee on Equal Educational Opportunity of the United States, 1979; cited from Rosenblum, et al menyatakan: “In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. He or she is the person responsible for all activities that occur in and around the school building. It is the principal’s leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teachers and the degree of concern for what students may or may not become.”
Di antara begitu banyak aspek dan faktor yang menentukan ketrampilan, kecemerlangan dan kejayaan seseorang Guru Besar, KOMITMEN adalah satu daripada unsur kendiri yang amat perlu dan penting sekali wujud di dalam diri setiap Guru Besar.

Dengan perkataan yang mudah komitmen bolehlah dianggap di mana ‘hati dan jiwa yang sentiasa berada di sekolah’; hatinya tidak mungkin akan senang selagi ia tidak melihat sendiri apa jua aktiviti dan kerja buat anak didik dan guru-gurunya laksanakan berjaya atau tidak, menepati objektif atau tidak. Betapa pun ‘kecilnya status’ sesuatu aktiviti itu seorang Guru Besar yang KOMITED tetap akan memberikan perhatian sepenuh jiwa raganya. Ingatlah pemimpin yang berjiwa besar bukan sahaja memandang tinggi kepada hal-hal besar dan hebat sahaja tetapi juga memandang tinggi kepada hal-hal yang kebanyakan orang lain memandangnya kecil dan remeh. Inilah KOMITMEN namanya.

Hemphill et al (1962) menyatakan Guru Besar yang efektif dijelmakan sebagai…” A decisive, hard-working individual one, who kept close contact with people and who acted as informer center.” Komitmen Guru Besar yang ditunjukkan melalui sikap dan amalan sehari-hari akan menjadi satu pendorong dan pencetus minda yang positif di kalangan guru-guru dan kakitangan lain untuk menjadi guru-guru yang juga komited dalam tugas dan tanggungjawab mereka terhadap anak didik dan sekolah. Komitmen juga bererti selaku Guru Besar mestilah sanggup ‘berkorban apa sahaja’ terutama dalam konteks berkorban masa, tenaga, buah fikiran, keluarga, dan wang ringgit.

Untuk menjadi orang yang KOMITED terhadap organisasi dan tugas, seseorang Guru Besar mestilah sanggup berkorban ‘menjadi contoh dan teladan’ kerana staf dan anak didik tidak akan memberikan penghormatan, pengiktirafan, dan kekaguman mereka kepada kita selaku Guru Besar jika ciri-ciri yang KOMITED tidak dapat dilahirkan dan dibuktikan. Sayugia diingat kepemimpinan yang berjaya bukan terletak pada pangkat dan kedudukan atau status luaran tetapi ianya terletak kepada sifat ketinggian hemah dan kehalusan budi di dalam kerendahan hati dan kecantikan pekerti.

TIDAK KOMITED NAMANYA JIKA:

BUKAN PEMIMPIN PROFESIONAL TETAPI BOSS
TIADA VISI DAN MISI TIADA INTEGRITI DAN WIBAWA
TIDAK BERMINAT MEMAJUKAN DIRI SENDIRI
TIDAK BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAHCARA
TIDAK BIJAK MEMBERI KEUTAMAAN
TIDAK TEGAS TIDAK KONSISTEN
TIDAK’SUPPORTIVE’ DAN TIDAK ‘HELPFUL’
TIDAK EMPATI DAN TIDAK PEDULI
TIDAK ASSERTIVE TIDAK SENSITIF
TIDAK MEMAHAMI MASALAH
STAF DI SEKOLAH


sumber dari :
http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/sumbanganku.htm
&
http://skbotakiri.blogspot.com/

No comments: