Showing posts with label PETUA. Show all posts
Showing posts with label PETUA. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Bingkisan 3 Ustazah j-QAF Kami : Resepi Ibu Hamil

Buat : Puan-puan Zuraidah(8 bulan) , Shareen(6 bulan) & Nawal(6 bulan)


[1] TEMPE GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

3 keping tempe – dipotong
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:

a) Sangai jintan manis dan jintan putih sehingga wangi kemudian tumbuk kasar.
b) Tempe digaul dengan rempah dan bahan-bahan yang lain hingga rata.
c) Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Toskan minyak sebelum dihidangkan.


[2] MASAK LEMAK TELUR KAMPUNG

Bahan-bahan:

4 biji telur ayam kampung
8 biji cili padi
4 sm kunyit hidup
600 ml santan – dari sebiji kelapa
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – disimpulkan
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan ke dalam periuk.
b) Satukan santan dan bahan-bahan lain (kecuali telur) dalam periuk tadi. Jerang dengan api kecil sambil dikacau.
c) Apabila mendidih, perlahankan api. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masak hingga telur keras.

Info: Telur ayam kampung berkhasiat menambahkan tenaga dan darah.


[3] KERAPU KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerapu – dibersihkan
30 gm halia – dikisar
8 kuntuk cendawan cina – dihiris
4 sudu makan sos ikan
½ sudu makan kicap cair
½ sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Gaul ikan dengan garam, gula pasir, sos ikan dan halia hingga rata. Letakkan dalam pinggan tahan panas. Taburkan cendawan di atasnya. Titiskan kicap cair rata-rata.
b) Kukus ikan hingga masak.


[4] TELUR GORENG HALIA

Bahan-bahan:

2 biji telur – dipukul sedikit
4 sm halia – dihiris
1 sudu makan minyak bijan
1 – 2 sudu teh kicap manis

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Goreng halia hingga wangi.
b) Masukkan telur dan kacau bersama halia. Masak hingga garing.
c) Tambah kicap dan hidangkan dengan nasi panas.


[5] SALAD AYAM

Bahan-bahan:

1 keping dada ayam
1 biji tomato – dihiris
1 ulas bawang putih – dicincang halus
½ sudu makan minyak jagung
½ sudu makan serbuk cili
½ sudu teh garam
Sedikit daun salad & cili benggala

Cara menyediakan:

a) Gaul dada ayam dengan serbuk cili, bawang putih, minyak jagung dan garam. Perapkan sekejap.
b) Panggang dada ayam hingga masak.
c) Hidangkan dengan daun salad, tomato dan cili benggala.


[6] HATI MASAK KICAP

Bahan-bahan:

5 ketul hati ayam – direbus sekejap
1 biji bawang besar – dihiris
2 sm halia – ditumbuk halus
3 ulas bawang putih – ditumbuk halus
3 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu makan kicap pekat
½ sudu teh serbuk kunyit
1 keping asam keping
250 ml air
Garam secukup rasa
Minyak jagung secukupnya

Cara menyediakan:

a) Gaulkan hati ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng dalam minyak panas hingga garing. Ketepikan.
b) Panaskan 2 sudu makan minyak jagung. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar hingga layu.
c) Masukkan air, kicap, asam keping dan garam.
d) Ketika mendidih, masukkan hati ayam dan masak hingga pekat.


[7] BUBUR KACANG HIJAU

Bahan-bahan:

250 gm kacang hijau
½ biji kelapa – ambil santan secukupnya
Gula melaka secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rendam kacang hijau selama 4 jam. Kemudian rebus hingga kembang. Tambah air jika perlu.
b) Masukkan gula melaka dan santan. Kacau bubur di atas api sederhana hingga mendidih.


[8] NASI GORENG JAGUNG

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi putih
100 gm sayur campur
50 gm ikan bilis halus – digoreng
2 keping dada ayam – didadu
2 ulas bawang putih – dicincang
1 biji telur – digoreng hancur
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap masin
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
b) Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan pula sayur campur, telur, kicap dan garam secukup rasa.
c) Masukkan nasi dan gaul hingga bercampur rata. Masak lagi selama 2 minit.
d) Taburkan ikan bilis di atas nasi goreng ketika menghidang.

Monday, June 22, 2009

Adab Menyambut Kelahiran Dalam Islam

Oleh : anuarani

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi di antaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesejahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan


“ mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindungan daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan- perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w.. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

Menamakan anak

Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.

Monday, May 18, 2009

Pesanan Buat Sir Zahadi & Sir Amizal : 8M mengatasi keinginan merokok

MELENGAH

Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.

MENARIK NAFAS PANJANG

Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

MINUM AIR

Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

MEMBUAT SESUATU

Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

MENGUNYAH SESUATU

Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.

MANDI ATAU BASUH TANGAN

Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

MEMOHON DOA

Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..

Thursday, April 30, 2009

Panduan Memohon Cuti Tanpa Gaji

Untuk guru-guru yang ingin memohon cuti tanpa gaji, harapnya apa yang saya catatkan ini akan dapat membantu.... al maklum dulu saya huru-hara juga kerana tiada pengalaman dan panduan ringkas...

1- Pekeliling mengatakan kita mesti memohon cuti 3 bulan sebelum tarikh cuti. Sesetengah GB sangat terikat kepada peraturan ini tetapi ada juga yang boleh berbudi bicara.

2- Tanya dengan PPD borang terkini untuk mengelakkan anda kena isi borang dua kali.

3- Pastikan anda sudah lulus temuduga SPP dan dilantik (bagi yang fresh) kerana bagi mereka yang belum dilantik tidak layak untuk mendapat cuti tanpa gaji.

4- Semua dokumen tambahan (seperti surat tawaran belajar, SPP, surat sakit etc) kenalah disahkan oleh GB.

5- Isi 5 salinan (1 salinan untuk simpanan anda).

6-Sentiasa buat follow up dengan kerani yang mengurusakan cuti anda.

7- Ambil sendiri borang yang sudah diproses dan hantar ke KPM (kalau nak cepatlah, kalau ikut prosedur PPD boleh poskan).

8- Apabila sudah dapat kelulusan, satu salinan beri pada sekolah.

TAPI KALU cuti seumur HIDUP SEMUA DIATAS TIDAK DIPERLUKAN...Harap Maklum!
Selamat Bercuti!

Wednesday, November 12, 2008

PETUA UNTUK DIAMALKAN

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit... (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis y! g membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan..

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, InsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.