Aku dapat email semalam, dikongsi disini sebagai renungan kita bersama bahawa janji Syahid Allah itu memang benar!
Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.
Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.
Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.
Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.
Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.
Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.
Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.
Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.
Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.
PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.
** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling.
Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: †Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
1. Pemimpin yand adil;
2. pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT ;
3. seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
4. 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
5. lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
6. seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
7. dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT. Hadis Riwayat Muslim
Rujukan Hadis 2:
MENINGGAL DENGAN BERPELUH DI DAHI.
Buraidah ibnul Hushaib radhiyallahu’anhu ketika berada di Khurasan menjenguk saudaranya yang sedang sakit. Didapatkannya saudaranya ini menjelang ajalnya dalam keadaan berkeringat di dahinya. Ia pun berkata, “Allahu Akbar! Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Meninggalnya seorang mukmin dengan keringat di dahi.” (HR. Ahmad, An-Nasa`i, dll. Sanad An-Nasa`i shahih di atas syarat Al-Bukhari) Rujukan Hadis 3:
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1)Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2)Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayangsehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3)Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4)Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'.Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5)Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a-Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b-Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c-Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Dunia 115 . Akhirat 115 Malaikat 88 . Syaitan 88 Hidup 145 . Mati 145 Manfaat 50 . Korup 50 Manusia 50 .Rasul 50 Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11 Musibah 75 . Terima kasih 75 Sedekah 73 . Kepuasan 73 Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17 Muslimin 41 . Jihad 41 Emas 8 . Kehidupan senang 8 Magik 60 . Fitnah 60 Zakat 32 .Barakah 32 Fikiran 49 . Cahaya 49 Tongue 25 . Sermon 25 Berani 8 . Takut 8 Public speaking 18 . Publicising 18 Hidup susah 114 . Bersabar 114 Lelaki 24 . Perempuan 24
Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365; Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah = 32 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111% Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889 = 100.00 Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan? Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini? Allah, Yang Maha Kuasa Semua mengajarnya ini. Sebagaimana Quran mengatakan kepada kita
Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”
Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasminya mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang pasti ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan terus. Para pengkaji Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki chateristic dan menghubungkan antara Kaabah di di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di Barat, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem kita.
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )
Orang kata aku lahir dari perut mak... (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak Bila lapar, yang suapkan aku.... mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... mak Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak Bila nak bermanja, aku dekati....... mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak Bila takut, yang tenangkan aku.... mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak Aku selalu teringatkan ..... mak Bila sedih, aku mesti talipon.... mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak Yang selalu berleter kat aku... mak Yang selalu puji aku.... mak Yang selalu nasihat aku...... mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari....pasanganku Bila sedih, aku cari..... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat.... emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” Selalu... aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.......... Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. "Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.
1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu 2-4 orang : Kamu sayang ibumu 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu
Dua kali permohonan sijil halalnya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , Jakim ditolak.
Menurut pengusaha tepung ini, penggunaan sijil halal amat perlu dalam perniagaannya kerana ramai pelanggan mahukan jaminan halal dalam produk keluarannya.
Jalan terakhirnya, ialah memohon sijil halal dari Islamic Food Research Center IFRC , dan seperti biasa, sijil ini dengan mudah diperolehi dengan kadar bayaran yang ditetapkan pengeluar.
Bagaimanapun, logo halal IFRC masih tetap tidak meyakinkan pengusaha kerana sijil halal ini bukan sijil halal dikeluarkan kerajaan, malah ianya tidak diiktiraf.
(Dalam undang-undang, tidak menjadi kesalahan meletakkan logo IFRC pada pembungkusan, walaupun ia tidak diiktiraf. Kelemahan ini menyebabkan sijil halal boleh diperolehi dengan mudah dengan membayar wang walaupun mungkin restoran/pengusaha turut menjual arak di dalamnya atau tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Akta Halal akan dibentangkan di parlimen tidak lama lagi bagi mengelakkan lebih ramai pengguna Islam tertipu atau terpedaya dengan kewujudan berbagai pihak yang mengeluarkan sijil halal. Saya akan mendedahkan konflik sebenar yang mengelirukan umat Islam selama ini mengenai status sijil-sijil yang bermacam-macam ini.)
Jalan paling mudah, logo Halal Jakim dicetak pada pembungkusan.
Malah, ketika serbuan ini dilakukan, pengusaha memberi pelbagai alasan mengapa dia meletakkan logo halal Jakim pada pembungkusannya.
Antara alasannya ialah – dia telah memohon sijil Halal Jakim, tetapi tidak diluluskan, tetapi bagi menjaga pelanggan, dia tetap meletakkan logo itu.
Tidak cukup di situ, pengusaha turut menyalahkan Jakim kerana lambat dalam mengeluarkan sijil halal kepada pihaknya walaupun telah beberapa kali berurusan dengan Jakim di Putrajaya.
Untuk rekod, memang benar syarikat ada memohon sijil halal Jakim, dan kali terkahir ditolak pada penghujung tahun lalu.
Tiada kompromi, apabila beginilah keadaannya persekitaran kilang, mana mungkin ia akan diluluskan.
Itu jawapan paling tepat, mudah dan tiada berselindung.
(Jadi, kepada anda yang masih tidak faham akan sijil halal swasta seperti IFRC itu, silalah lihat contoh di dalam serbuan ini – apakah kriteria yang meluluskan pemberian sijil halal mereka kepada pengusaha?)
Kilang tepung ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu dan menjadi pilihan kepada ramai pengusaha restoran, suri rumah, dan makanan berempah serta makanan seperti kuih maruku.
Senarainya amat panjang,:
Serbuk Kunyit Serbuk Kari Ayam Serbuk Kari Ikan Serbuk Rempah Biryani Serbuk Cili Serbuk Lada Putih Serbuk Lada Hitam Serbuk Kurma Serbuk Jintan Putih Serbuk Jintan Manis Serbuk Ketumbar Tepung Beras Tepung Atta Tepung Kacang Kuda Tepung Ragi Tepung Suji Tepung Kacang Hijau Goreng Tepung Jagung Tepung Kentucky Tepung Kastard Tepung Marukku Tepung Kuih Bunga Ros Tepung Addresam Tepung Ommapodi Tepung Raya Thosai
Serbuan disertai Jakim dari Bahagian Hub Halalnya diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Amri Abdullah serta pegawai dari Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Putrajaya.
Masuk sahaja dalam kawasan kilang, kita akan mendapati satu suasana bising mesin-mesin sedang memproses tepung.
Pekerjanya ada yang berselipar, berkaki ayam, menutup mulut, tidak bertutup, beribu-biru guni tepung dan rempah-ratus bersepah di merata-rata tempat di dalam bangunan ini.
Ada juga kawasan untuk menggaul campuran tepung yang terdedah dengan habuk, debu dan pekerja yang berkaki ayam memijak rempah ratus ini.
Di dalam kawasan kilang ini juga terdapat sebuah bilik tempat tinggal beberapa pekerja dengan sistem pengudaraan yang amat teruk dan berbau busuk.
Tidak cukup di situ, apabila semakin jauh ke belakang , kita akan menemui berbagai guni, kotak yang berdebu, bersawang dan kotor serta busuk.
Dan, paling menjijikkan apabila najis anjing turut ditemui di dalam premis ini, kerana pemilik turut memelihara anjing yang diletakkan di belakang kilang, tetapi laluan tidak ditutup menyebabkan anjing bebas keluar masuk.
Inikah kriteria untuk diluluskan pengeluaran sijil halal?
Nota: Rampasan dari serbuan ini bernilai kira-kira RM80,000 kerana kesalahan menggunakan logo halal Jakim tanpa kebenaran di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.
Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?
Alam yang pertama
1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah. 2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.
“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan Adam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”(Surah Al-A’raaf ayat 172)
Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita zuriat Nabi Adam A.s telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T
Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.
Alam yang keduaAlam yang kita menjalani hidup di dunia.Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam dapat mempelajari dari pembahagian ini?Kerana di alam yang kedua inilah alam yang tidak kekal alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira dihisab, oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan anak-anak kita mula beramal. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan.3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.
Alam yang ketiga
Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.
Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.
Siksaan kubur
Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memelihara diri dari kencing.”
Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur. Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:
“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.”(Al-Mu’minun: 100)
Di alam ini, walau jasad musnah kecuali para wali-wali Allah S.W.T ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.
Alam yang keempat
Di Padang Mahsyar
Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.
“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu datang kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”(Yassin:51)
Mizan (Amalan ditimbang)
Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:
“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterang an Kami.” (Al-A’raf:8-9)
Di titian Shirath
Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jambatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.
a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.
Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh) Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu. Pesanan Rasulullah S.a.w
“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.” Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah. Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikan baginya.”
Alam yang Kelima
Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)
Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.
Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang diutuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:
“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.”(Al-Lail: 14-16)
Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaimanayang tersebut di dalam Al-Quran:
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan."
Nama-nama pintu dan tingkat neraka: 1. Jahannam 2. Saqar 3. Lazha 4. Huthamah 5. Sa’iir 6. Jahim 7. Hawiyah
Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.
Syurga buat mukmin
Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)
Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:
a.dilihat oleh mata. b. didengar oleh telinga c. tiada telintas di hati sesiapa pun.
Nikmat-nikmat di syurga:
Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:
1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.
Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:
Melihat Allah S.w.t
Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:
a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?
Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.
والله اعلم *Petikan dari buku: Peringatan Tentang Umur Insan oleh Imam Habib Abdullah Haddad
Assalamualaikum warahmatullah... sahabat-sahabat rahimakumullah... berikut sedikit panduan dan cara berpakaian seorang wanita sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Semoga bermanfaat untuk diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. Andai kita senantiasa berfikir dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim mu'min... Allah S.W.T akan memberikan ketenangan jiwa yang berpanjangan... seterusnya menempatkan kita dalam golongan mereka yang patuh kepada setiap perintah dan laranganNya.. InsyaAllah.. Ameen Ya Rabb.
Copy dan panjangkan untuk kita renungkan bersama, Arikel dari sahabat : http://saifunnizam.blogspot.com/
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .R.anha : Sesungguhnya, Asma binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda : Wahai Asma : , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
Dua orang ahli neraka yang belum pernah aku (Rasulullah S.A.W) lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu! Lalu seseorang berkata : “Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya , selanjutnya Umar berkata, : Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak..
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .
Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah S.A.W dalam satu hadis sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur”. (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh (menyerupai) dengan pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah S.A.W telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
Walau bagaimanapun.. Islam sama sekali tidak melarang umatnya berpakaian cantik dan berjenama, asalkan tidak bersifat membazir (diluar kemampuan orang yang memakainya), menutup aurat dan mematuhi criteria-kriteria yang telah disebutkan di atas.
* Rugikah kita sekiranya kita ingkar dengan suruhan diatas?
10 Foods to Boost Male Health From WebMD
-
Men are different from women in all kinds of ways -- including their nutritional
needs. Just as women need particular nutrients during pregnancy or for
...
Laporan percuma kepada newbie
-
Salam,
Alhamdulillah saya baru menyiapkan laporan ringkas berkenaan cari duit
internet khas kepada mereka yang baru menjinakkan diri dalam tambah
pendapat...
Bahaya Internet
-
Ketagihan Internet
Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah
menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyak...
Buka kedai tanpa modal
-
[image: due 18 Nov]
[image: due 21 Nov]
Company bagi barang dan sewa kedai serta renovation akan di bayar oleh
company sendiri tiap-tiap bulan. Baru setah...
Food as Medicine
-
*Food as Medicine *
*HEADACHE?* *EAT FISH! *
Eat plenty of fish -- fish oil helps prevent headaches.
So does ginger, which reduces inflammation and pain..
...