Tuesday, March 29, 2011

10 kereta api terlaju di dunia

1. Tokaido Shinkansen – Jepun


Jepun mengejutkan dunia dengan melancarkan kereta api ini pada tahun 1964 untuk melalui bandar Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka, dan kelajuan kereta api ini ialah 201km / jam

2. JR-Maglev MLX01 – Jepun


Kereta api yang menggunakan magnet superkonduktor train (maglev) ini mampu mencapai kelajuan 581km / jam, tapi kereta api ini tidak digunakan secara komersial.


3. Shanghai Maglev Train – China


Dibina dengan teknologi German, kereta api ini dapat mencapai kelajuan 430km / jam dan dapat mengangkut penumpang dari Pudong International Airport ke Longyang Road Station di ibu kota hanya dalam masa 8 minit.

4. Korea Train Express (KTX) – Korea Selatan


Pada tahun 2004, Korea Selatan menjadi negara kedua di asia setelah Jepun yang membina jalur kereta berkelajuan tinggi yang menghubungkan beberapa bandar utama. Teknologi KTX mengunakan teknologi TGV (kereta api berkelajuan tinggi dari Perancis)

5. Taiwan High Speed Rail – Taiwan


Setelah tertunda selama beberapa tahun, akhirnya Taiwan High Speed Rail dilancarkan pada 5 Januari 2008, kereta api ini dibina berdasarkan Jepun Teknologi Shinkansen, kereta api ini adalah memendekkan waktu perjalanan dari Taipei ke Kaoshiung dari 4 jam menjadi 90 minit.

6. Kereta a Grande Vitesse (TGV) – Perancis


Dilancarkan pada awal 80-an, TGV melalui bandar-bandar dari Lyon dan Paris. Setelah dinyatakan berjaya, jarak ini ditambahkan ke bandar lain di Perancis bahkan negara-negara lain. Kereta ini dicipta oleh Alstom SA (Pabrik kereta api terbesar kedua di dunia) dan memecahkan rekod kelajuan 515km / jam untuk roda kereta konvensional

7. InterCity Express (ICE) – German



Pada awal 90-an, German melancarkan kereta api ini untuk melalui bandar Hannover, Wurzburg, Mannheim, dan Stuttgart , kereta api ini dicipta oleh Siemens dan dapat mencapai kelajuan 280km / jam

8. Transrapid – German


German juga membina kereta api maglev yang dapat mencapai kelajuan 550km / jam tapi sayangnya pada September 2006 terjadi kemalangan dan membunuh 23 nyawa.

9. Direttissima – Itali


Akhirnya kereta Direttissima Itali dilancarkan untuk melalui badar dari Rome dan Florensia dengan kelajuan 254km / jam

10. Eurostar – Great Britain


Kereta api ini mulai beroperasi pada tahun 1994 dan melalui badar dari London ke Perancis dan Belgium (melalui terowong saluran air ) waktu perjalanan dari London ke Paris adalah 2 jam 35 minit menggunakan kereta api ini.unikanehlangka

Wednesday, March 9, 2011

Matematik Dalam Solat

Oleh: blalang

"Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.