Sunday, October 4, 2009

Pantang Larang memakan Ikan Tapah, dongengan atau kenyataan.

Tok sidang BSL
2.10.2009





Tempayan berisi air Emas Kerongsang Ikan Tapah yang dikatakan boleh menjadi penawar





Ikan Tapah










Ungkapan popular dari sejak penulis kecil lagi sudah kedengaran , " kome oghang lambor jangan makan ikan Tapah, pantang "

Itulah antara kata - kata yang sering dituturkan orang tua -tua. Penulis berasal dari kampung Telok Bakong , Lambor Kanan bagaikan sudah diasak dengan ancaman ikan Tapah.

Kebiasaannya anak - anak Lambor walau kemana mereka merantau kata - kata ancaman supaya jangan memakan ikan seperti teriang - iang ditelinga .Mungkin juga kerana sudah begitu meresap kedalam pemikiran .

Secara jujur penulis hanya bertemu ikan Tapah setelah berusia 25 tahun .Ketika berada dipasar Tani Taman Melawati ketika membelek - belek ikan.Kebetulan isteri melahirkan anak yang pertama maka ikan haruan jadi buruan.

Sedang penulis asyik membelek ikan - ikan yang ada tiba - tiba penjual ikan menjerit ,
" hoi mikei oghang Lambor jangan pegang ikan tu " jerit kakak yang berasal dari Kg Gajah yang kebetulan kenal kerana saya sering membeli digerai beliau.


Saya terus berkeras lantas terus memegang yang saiznya lebih besar dari anak saya yang baru lahir itu.Saya membalas larangan dengan gurauan " apah ijak aaiihh" dengan begitu yakin.

Kakak si penjual ikan darat itu berkata " esok kalau kamu kenaei penyakit gatal susah nak baik katanya .Saya hormati nasihatnya sambil menjawab " Inshaallah tak ade ape - ape ".

Dan Alhamdullilah tiada apa - apa yang berlaku selepas itu .Moralnya dari kisah tersebut minda kebanyakan orang - orang yang berasal sekitar Sg Perak ( Daerah perak Tengah) pasti walau sedikit ada tertanam perasaan fobia dengan ikan Tapah. Walaupun mereka tidak pernah melihat apatah lagi memakan ikan Tapah.

Persoalannya sekarang apakah sumpahan ini benar - benar wujud ? Atau sekadar cerita rakyat yang berlegar - dari satu zaman kesatu zaman yang lain.

Tulisan ini bukanlah mahu menambahkan ' keimanan orang - orang Lambor' terhadap ikan Tapah. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan.

Mana tahu mungkin ada penemuan baru secara saintifik bahawa kemungkinan masalah genetik penduduk setempat . Secara pertalian darah mungkinkah mereka alergi kepada ikan Tapah ?

Mungkin para pembaca terutama Orang Lambor boleh memberi pandangan .

Kepada yang berminat mengetahui kisah ikan tapah sila click sini.

http://shw.malayarchipelago.fotopages.com/4370506/Tempayan-berisi-air-Emas-Kerongsang-Ikan-Tapah.html


www.telokbakong.com

www.telokbakong.blogspot.com

http://budaksekolahlambor.blogspot.com